Sunday 6 October 2013

Star Wars dijangka terima Ronan?

MUNGKINKAH 'kuasa' akan bersama Saoirse Ronan?
Pelakon asal Ireland berusia 19 tahun itu mendedahkan bahawa beliau sedang ditimbangkan untuk membawakan watak dalam filem Star Wars J.J. Abrams yang dinanti-nantikan.
Semasa mempromosikan filem terbarunya, How I Live Now, Ronan mengesahkan kepada Sky News bahawa beliau telah menjalani uji bakat bagi watak dalam filem itu, meskipun pelakon itu menekankan "ramai lagi yang berminat terlibat dalam filem Star Wars itu".
Bagaimanapun, sumber-sumber yang rapat dengan filem tersebut mendedahkan pelakon yang popular menerusi filem Atonement itu dikatakan mendahului senarai.
Bagaimanapun, watak yang dikenalpasti bagi Ronan tidak pula didedahkan. Apabila ditanya, Ronan berkata beliau tidak berani memberitahu umum kerana telah membuat perjanjian secara lisan dengan Lucasfilm dan Disney, yang akan menerbitkan filem tersebut.
"Kalau saya beritahu, mungkin mereka akan memenggal kepala saya dengan light saber," ujarnya berseloroh.
Ronan menambah: "Lagipun saya belum pasti diterima dan tidak mahu melakukan apa-apa yang mungkin menjejas peluang saya.
"Saya benar-benar mahu membawa watak ini."
Pada 2007, semasa baru berusia 13 tahun, Ronan menjadi pelakon termuda yang dicalonkan bagi Anugerah Academy bagi lakonannya dalam filem Atonement.
Sejak itu, beliau telah membintangi filem-filem seperti The Lovely Bones dan Hanna dan dianggap sebagai antara bakat terbaik Hollywood.
SAMBUNG BACAAN

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

My Blog List