Saturday 27 July 2013

Tragedi keretapi terbabas di SPAIN : Polis soal siasat pemandu kereta api





 Gambar Hiasan

SANTIAGO DE COMPOSTELA (Sepanyol): Salah seorang pemandu kereta api yang terbabas dan mengorbankan sekurang-kurangnya 78 penumpang dalam satu kemalangan di sini kelmarin, telah disoal siasat oleh polis semalam.
Menurut satu kenyataan Mahkamah Tinggi di Galicia, pemandu yang mengalami kecederaan ringan itu 'disoal siasat oleh polis di hospital dan beliau kini diawasi.'
Menyusuli tindakan itu, pihak polis telah turut mengarahkan penahanan secara rasmi pemandu itu, yang dikenali sebagai Franciso Jose Garzon, 52 tahun.
Dalam kemalangan kelmarin, empat gerabak kereta api terbabit terbalik dan terbakar sedang ia memasuki Stesen Santiago de Compostela.
Sekitar 94 orang cedera, dengan 35 daripada mereka, termasuk empat kanak-kanak dalam keadaan tenat.
Syarikat kereta api Renfe berkata pemandu itu mempunyai pengalaman mengendalikan kereta api selama lebih sedekad.
Rakaman video daripada kamera keselamatan menunjukkan kereta api yang membawa 247 penumpang itu melanggar tembok kontrit di tepi landasan sebelum gerabaknya terbalik.
Media setempat berkata kereta api itu dipandu terlalu laju iaitu 190 kilometer sejam apabila ia membelok di satu selekoh.
Had kelajuan di situ sepatutnya 80 kilometer sejam saja.
Para penyiasat ingin tahu mengapa kereta api itu meluncur begitu laju dan mengapa peralatan keselamatan yang sepatutnya memastikan kereta api dipandu mengikut had kelajuan gagal berfungsi.
Sementara itu, Perdana Menteri, Encik Mariano Rajoy, mengisytiharkan hari perkabungan selama tiga hari.
Jabatan Negara Amerika Syarikat mengesahkan sekurang-kurangnya seorang warganya terkorban dan lima lain cedera dalam kemalangan itu.
Presiden Barack Obama dilaporkan melahirkan rasa terkejut dan sedih atas tragedi tersebut.

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

My Blog List